Sunday 2 October 2011

Doaku Untukmu...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku
kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah
Sekiranya suami atau bakal suamiku ini
adalah pilihan Mu di Arashy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya ia adalah suami
yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya
ia adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan
tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya ia adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku
dari menyakiti perasaannya

Sekiranya ia jodoh yang dirahmati olehMu.
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala
kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
sekiranya suami ku tergoda dengan
keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suami ku
tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk
aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau
pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai mukmin
Kau hukumlah aku didunia tetapi
bukan diakhiratMu

Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu.
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
 Kerana aku insan lemah
yg kerap keliru Kerana aku leka dengan
keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya
ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi Isteri yang
solehah Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment